Monday 11 June 2012

Sungai Yu


Premium Beautiful
Di bahagian ni, air agak tenang dan sesuai untuk mandi-
manda. Kalau korang perhatikan air selepas longokan
batu tu, arus air adalah deras.
Last Saturday, on the way nak balik Klang dari Kota Bharu, as usual memang kami akan melalui Hentian Rekreasi Sungai Yu. Tapi jarang sekali kami berhenti di sini. Kalau ada pun jika hubby nak smoking, luruskan pinggang, atau buang hajat.

Tapi sekali ni berbeza. Memandangkan jalan sebelum Sg. Yu ada construction, lencongan yang dibuat menyebabkan hubby memperlahankan kenderaan (selalu besit jer..) so bila dah perlahan, sempat la kami usha Sg. Yu..

Ohho.. dah ada orang buka gerai.. kereta park pun byk, ± 10 buah. Pastu ada plak nampak org mandi manda kat Sg. Yu tu. Dulu rasa cam tak penah nampak orang mandi di sini (air deras).

So, ape lagi.. hubby pun susur keluar ke Hentian Rekreasi Sg. Yu dan park krete.

Mula-mula nak usha jer. Tapi bila anak dah merengek nak mandi. Apa lagi nak dikata.. Layan...

Waktu turun ke air, jam menunjuk jam 4.30 petang. Cuaca mendung apatah lagi kawasan hutan yang redup membuatkan suasana tenang dan nyaman (tapi tak aman sangat sebab hentian ni betul-betul tepi jalan).

Premium Beautiful
Zulaikha seronok mandi sorang-sorang sedangkan
hubby dah naik awal sebab tak tahan sejuk
Sebaik sahaja mencecahkan kaki ke air, terasa macam shock. Mana taknyer, air nyer sejuk sangat. Maka keputusan yang ku ambil adalah untuk melihat hubby dan anak-anak je yang mandi.

Kat sini kalau diperhatikan terdapat 3 pondok (wakaf) untuk pengunjung berkelah sambil beberapa tempat memanggang BBQ. Walaupun kawasan mandinya adalah terhad, namun bagi geng-geng belia remaja bolehlah gi mandi kat tempat air yang agak deras. Arakian kawasan air yang tenang bagi lah chance kat family yang ada anak kecil.

Memandangkan perjalanan ke Klang masih beratus kilo lagi. Hubby pun suruh kami berkemas pada jam 5.30 petang (sejam cukup lah..) Tetapi tidak bagi Zulaikha, merungut-rungut nak mandi lagi.. Anak-anak memang begitu. Sampai ke kereta pun tak habis merungut lagi.

Anyway, hubby dah janji. Next time kalau lalu lagi kat Hentian Rekreasi ni. Kami akan singgah lagi. But this time, with proper preparation. Bertolak dari Kota Bharu kene awal supaya tak terkejar-kejar masa. Bring some food for picnic and making a BBQ here.


Premium Beautiful
Daniel teman mama selepas berendam untuk 10 minit. Daniel pun tak tahan  sejuk, tak macam Kak Long
Me and Daniel.. Peace No War. Next time, we come again!!



Jangan kedekut harta untuk kesihatan
Kerana harta tidak berguna apabila anda gering
Prevention is better then cure





No comments:

Post a Comment