Sunday 23 December 2012

Sakit Kepala oh Headaches

Minggu ni ramai rakan-rakanyang mengadu sakit kepala. Termasuk jugalah department head aku yang siap post kat FB dia. Aku pun mengalami masalah yang sama bila mana banyak assignment dan report yang nak disiapkan, terutama minggu-minggu terakhir tahun 2012 ni. Untuk memahami permasalahan sakit kepala, aku pun mentelaah la sedikit ilmu perubatan melalui google untuk dikongsi bersama.

Premium Beautiful


SAKIT KEPALA
Sakit kepala adalah kesakitan atau ketidakselesaan di kepala, kulit kepala, atau leher. Sakit Kepala yang serius amat jarang berlaku. Kebanyakan pesakit berasa lebih baik dengan mengubah gaya hidup, belajar cara-cara untuk berehat, dan kadang-kala dengan mengambil ubat-ubatan.
SAKIT KEPALA KETEGANGAN
Kebiasaannya berlaku apabila otot menegang di bahagian bahu, leher, kepala, dan rahang. Ini dipanggil sakit kepala ketegangan (Tension Headache)
 
  • Ia berkaitan dengan tekanan, kemurungan, kebimbangan, kecederaan kepala, atau pergerakan atau kedudkan kepala dan leher anda dalam kedudukan yang abnormal pada suatu masa yang panjang (ketika tidur)

  • Sakit kepala ketegangan cenderung untuk berada di kedua-dua belah kepala anda. Ia sering bermula dari belakang kepala anda dan merebak ke hadapan. Kesakitan mungkin terasa kusam atau tergeliat, seperti getah yang ketat atau tergenggam. Bahu, leher, atau rahang mungkin merasa ketat atau sakit.
 
SAKIT KEPALA MIGRAIN
Sakit kepala migrain adalah sakit kepala yang teruk yang biasanya berlaku dengan gejala-gejala lain seperti perubahan penglihatan atau loya. 
 
  • Kesakitan yang berdenyut. Ia cenderung bermula pada sebelah kepala, dan kemudian mungkin merebak ke kedua-dua belah bahagian kepala.

  • Adakala anda akan menerima petanda awal sebelum diserang sakit kepala. Kesakitan biasanya menjadi lebih teruk seperti kesakitan ketika anda hendak bergerak.

  • Migrain boleh dicetuskan oleh makanan seperti coklat, keju tertentu, atau MSG. Pengambilan kafein, kurang tidur, dan alkohol juga boleh mencetuskannya
 
 
SAKIT KEPALA MANTUL
Pernah tak anda dengar perkataan ‘Mantul’. Dulu aku pun biasa guna ayat ni bila ada kawan-kawan yang pening (buat-buat pening macam selenge). Ayatnya “ Mantul la kau ni...)
 
Namun pada Sakit Kepala, Mantul bermaksud sakit kepala yang berulang. Sakit yang kerap kunjung tiba dan hilang tiba-tiba. Sakit Jenis ni disebabkan oleh pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan (overuse or overdose). Pesakit yang terlalu bergantung kepada paint killer, lebih dari 3 hari seminggu secara tetap (3 hari berturun-turut makan paint killer) boleh kena penyakit ni.
 
Actually, paint killer memang tak baik untuk dimakan. Paint killer menipu system badan kita bahawa tidak kesakitan berlaku. Padahal, sakit dah kritikal. Banyak sangat makan paint killer boleh menyebabkan system badan keliru, dan seterusnya gagal mengesan sebarang kesakitan yang dialami oleh badan kita. (Parasetamol pun sejenis paint killer jugak...)
 
SAKIT KEPALA KLUSTER
Sakit kepala yag tajam dan amat menyakitkan. Kerap berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa bulan dan hilang untuk suatu tempoh yang sama.
 
SAKIT KEPALA SINUS
Sinus berkait rapat dengan masalah resdung yang menjakiti bahagian hidung, pipi, dan mata. Sakit kepala yang terasa di bahagian depan kepala dan muka. Kesakitan kerap berlaku ketika anda mendongakkan kepala ke bawah dan ketika anda bangun pagi.
 
SAKIT KEPALA KERANA MASALAH KESIHATAN YANG LAIN
Sakit kepala boleh berlaku jika anda menyalami kesejukan, selesema, demam, atau sindrom prahaid.

 

Friday 14 December 2012

2013 PROJECT

Tahun 2013 hampir tiba. Beberapa perancangan dieana_ibrahim untuk tahun 2013 telah dirancang. Antaranya adalah menubuhkan sebuah syarikat membaiki jentera berat, terutama sekali backhoe, di negeri kelahiran dieana_ibrahim iaitu Kelantan.

Tahun 2012 menyaksikan perolehan beberapa mesin dan kelengkapan membaiki backhoe dengan kos keseluruhan mencecah RM20 ribu.

Namun tidak lengkap kiranya bengkel yang sedia ada tidak didaftarkan.


Premium beautiful
Jentera baru CASE CH, M Series menggantikan
jentera backhoe lama, FORD yang masih berkuasa
hebat.. FORD untuk dijual


Premium beautiful
Case CH, G Series menunggu giliran untuk dibaiki


Premium beautiful
Mechanic Assistant sedang servis Gear Box
 
Premium beautiful

Premium beautiful

 



Terlanjur dah tulis cerita tentang Project 2013 ni. Saya memiliki sebuah backhoe buatan FORD untuk dijual. Sebarang kerosakan sedia dibaiki oleh mechanic saya yang berpengalaman dengan harga yang sangat berpatutan.

Harga backhoe tersebut adalah RM20K (neg.) tidak termasuk harga repair
Keadaan backhoe seperti di bawah;

Premium beautiful
 
Premium beautiful
Kalau di spray cat baru.. memang cantik. Masih berfungsi
namun telah lama tidak digunakan.

Walaupun pengeluar backhoe Case CH telah wujud sejak tahun 1842 (pengenalan enjin stim), Namun kemampuan backhoe FORD (yang terkenal dengan jentera tractornya pada tahun 1903) tidak dapat disangkal dan lebih berkuasa dari Case CH.

Hanya pengguna backhoe FORD sahaja yang tahu betapa berkuasanya jentera FORD.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Bengkel Jentera Berat Dieana_Ibrahim adalah:
1. Perkhidmatan Sewa Backhoe, meliputi kawasan Kota Bharu dan kawasan-kawasan sekitarnya.
2. Perkhidmatan membaiki Backhoe (termasuk mengecat dan mengimpal)
3. Perkhidmatan Jualan Backhoe (reckon or new)

Dalam erti kata lain, dieana_ibrahim menawarkan perkhidmatan 3S (Sales, Services, Spare Parts) untuk jentera backhoe anda.






 

Thursday 13 December 2012

Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda

Andakah pendapatan anda sekarang mencukupi?
Buat masa sekarang, mungkin YA. Tapi bagaimana dengan tahun2 mendatang. Dengan kadar inflasi di Malaysia yang meningkat setiap tahun. Sedangkan kenaikan gaji setiap tahun di bawah paras yang disasarkan.
Bagaimana nak hadapi tahun2 mendatang dengan setiap kos sara hidup yang tinggi. Apatah lagi Perdana Menteri nak jadikan Malaysia negara berdaya saing yang tidak bergantung kepada subsidi kerajaan. Habislah...

MEMPELBAGAIKAN PENDAPATAN

1. PERLABURAN

1.a. Pelaburan dlm bentuk Aset - aset yang paling best utk dilaburkan adalah rumah. Bg yg berkemampuan, belilah rumah dan sewakanlah. Confirm tiap2 bulan masyuk. (pastikan kawasan yg strategik)



1.b. Pelaburan Kewangan - cari TEMPAT strategik yang boleh anda buat perlaburan.
Banyak syarikat yang menawarkan pemilikan saham. Menjadi rakan kongsi syarikat lebih menguntungkan dgn pulangan pendapatan bulanan yang konsisten.

Ramai rakyat Malaysia yang kini cekap bermain Saham. Anda juga boleh bermain saham dengan syarat anda perlulah berilmu. Saham mampu membuatkan anda berhenti makan gaji. Dan mampu menjana pendapatan yg sgt lumayan.

Melabur di ASB juga menguntungkan, namun dividennya akan anda rasa pada hujung tahun shj.

Kalau ada yang berminat nak invest pada saham syarikat, menjadi rakan kongsi syarikat dan memperoleh keuntungan bulanan yang konsistent, hubungi saya. Insyaallah saya akan bantu anda.

2. SIDE INCOME ( PENDAPATAN SAMPINGAN)

2.1. Mulakan Perniaagan Kecil - Perniagaan kebiasaannya memerlukan modal yang besar. Tetapi jika kita bijak, kita boleh mulakan perniagaan MLM. Mengapa MLM? Menerusi MLM, modal yang diperlukan untuk menjadi ahli sangat rendah, serendah RM50!. Buat promosi dan dapatkan pembeli tunai seterusnya kita akan mendapat keuntungan terus dari jualan dengan hanya berbekalkan sedikit usaha mempromosikan produk.

     Pilih syarikat MLM yang terbukti mampu meningkatkan taraf hidup ahlinya. Peniaga MLM dengan konsisten. Bukan sekadar Side Income, malahan ia mungkin mampu menjadikan hidup anda lebih selesa dan bebas dari masalah kewangan.

premium beautiful

2.2. Perniagaan melalui internet. Cuba sekali jual baju yang anda nk buang di dlm FB. Letak la harga murah2. Cer tengok, ada tak yg berminat nk beli? Tu la side income melalui internet. Promosi produk MLM anda juga boleh dilakukan melalui FB!