Wednesday 13 June 2012

8.00 AM to 6.30 PM


Dari hardcopy ke softcopy, dari softcopy ke actual parts. Kitaran kerja yang tiada berkesudahan. Selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja..

Seriously, aku dah bosan dengan keje aku sekarang. Working environment yang tak friendly cam dulu, geng seangkatan yang dah angkat kaki. Kenaikan gaji yang tak memadai.. mengeluh aku dibuatnya.

Hanya satu alasan yang masih kukuh di fikiran aku menyebabkan aku masih stay kerja di sini. Ianya adalah sebab bos aku. Sepanjang aku kerja di banyak tempat, hanya di sini bos yang paling ok. Hinggakan sorang colleague aku ni berkata, "Kalau lah dia ni orang isalm, tentu Allah terima dia masuk syurga kerana kebaikannya". Untuk makluman, bos aku org Filipino.

Kerana kebaikannyalah, aku boleh buat bisness part time. Dia seorang yang bertolak ansur. Yang penting, kerja siap dulu. Yang lain pandai-pandai la ko nak buat camner pun. Dia tak kisah.

Pernah dulu waktu aku outstation ke JB. Dia tak bagi aku balik awal ke syarikat. Sebaliknya suruh aku ngular-ngular dulu kat Johore. Kata nya supaya aku dapat berehat dan release tension mana yg ada di tempat kerja. Bos korang ada.

Untuk korang di luar sana. Takdelah susah sangat nak curi masa buat part time job. Yang mudah adalah korang mulakan bisnes sendiri kerana masa lebih flexible dan tak terikat dengan mana-mana majikan. Tentang bos korang, korang kene la slow talk. Beritahu mereka yang korang perlukan duit lebih dan ada buat part time bisnes. Dan janji beri komitment sepenuhnya pada job korang sekarang. Yang penting, kerja kene siap, part time biz bila-bila pun boleh buat.. Nama pun part time kan..


Nukilan Oleh





No comments:

Post a Comment