Monday 30 July 2012

Free Trip Promotion + Cash

Premium Beautiful Trip Promotion

Friday 27 July 2012

Kanser Payudara - Pencegahan

Gaya hidup sihat boleh membantu mencegah sehingga 2/3 daripada semua jenis kanser. Membuat sedikit perubahan kepada tabiat harian akan mengurangkan risiko mendapat kanser
  • Jangan merokok. Jika anda merokok, berhenti akan mengurangkan dengan ketara risiko anda untuk barah.
  • Menjadi aktif setiap hari atau cuba bersenam tiga kali seminggu, 30 minit setiap kali
  • Mengekalkan berat badan sihat
  • Makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan serat diet (oat, beras perang, dll bijirin).
  • Makan makanan yang rendah lemak, gula dan garam.
  • Pastikan pengambilan alkohol anda rendah (Alkohol adalah HARAM bagi yang umat islam)
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.
  • Sentiasa peka dan sedar.
Alternatif lain?
Kita tidak tahu bila ia berlaku. Namun pencegahan adalah jalan terbaik menghindarkan kanser dari berlaku. Jika gaya hidup sihat di atas membantu mencegah kesemua jenis kanser. Mengapa kita tidak mencuba sesuatu yang boleh membantu mencegah dan mengurangkan lagi risiko dijangkiti kanser.

JANGAN AMBIL RISIKO
Kira-kira 4,000 wanita didiagnosis setiap tahun, kebanyakannya antara 35-60 tahun dengan 40% dijangkiti kanser payudara di bawah umur 50 tahun.

Premium Beautiful
Pakaian pembentukan badan wanita yang bukan sahaja menambah baik gaya hidup sihat anda, malahan membantu anda mencegah dan mengurangkan lagi risiko anda dari dijangkiti kanser.


Wednesday 25 July 2012

Kenali Kanser Payudara (Breast Cancer)


Ductal carcinoma in situ (DCIS)
Ia adalah kanser yang paling kerap membabitkan wanita di mana salah seorang dalam 19 wanita akan disahkan menghidap kanser payudara dengan usia 85 tahun. Kira-kira 4,000 wanita didiagnosis setiap tahun, kebanyakannya antara 35-60 tahun dengan 40% terjejas di bawah umur 50 tahun. Ia adalah jarang, tetapi lelaki juga boleh menghidap kanser payudara.

Payudara terdiri daripada kelenjar susu, yang mana mengandugi banyak lobule. Susu dibuat di lobule dan disalurkan ke puting melalui tiub. Kanser payudara berkembang  apabila sel-sel di payudara tumbuh di luar kawalan.


lobular carcinoma in situ (LCIS).
 Jika kanser tidak merebak ke luar payudara, ia dirujuk sebagai kanser payudara pra-invasif. Jenis-jenis yang paling biasa adalah ductal carcinoma in situ (DCIS) dan lobular carcinoma in situ (LCIS). Kebanyakan kanser payudara didiagnosis pada peringkat invasif yang terdiri daripada beberapa jenis:

  • Kanser payudara awal: terbatas dalam payudara tetapi mungkin telah merebak ke satu atau lebih nod limfa di ketiak.
  • Kanser payudara setempat lanjutan: mungkin telah merebak ke tempat-tempat yang berhampiran payudara (kulit, otot, dan dada) tetapi tidak dijumpai di bahagian-bahagian badan yang lain.
  • Metastatik (lanjutan) kanser payudara: sel-sel kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang atau hati.
Siapa yang berisiko?
  • Warga Tua.
  • Mereka yang telah didiagnosis dengan kanser payudara atau keadaan payudara lain seperti atypical ductal hyperplasia, ductal carcinoma in situ atau lobular in situ.
  • Sejarah keluarga di mana saudara dari kedua-dua belah keluarga telah / mempunyai kanser payudara
  • Mewarisi gen yang tidak berfungsi dengan betul.Hanya 1 dalam 20 kes adalah disebabkan oleh gen rosak
Apakah gejala?
  • Perubahan pada puting: bentuk, pembentukan kerak, sakit atau ulser, kemerahan. Puting terbenam ke dalam apabila ia seharusnya mencacak keluar.
  • Perubahan pada kulit payudara termasuk dimpling, kemerahan luar biasa atau perubahan warna lain.
  • Perubahan pada bentuk dan saiz.
  • Benjolan, gumpalan atau penebalan.
  • Lelehan luarbiasa dari puting tanpa memerah.
  • Sakit yang berterusan atau luar biasa yang tidak berkaitan dengan kitaran haid bulanan yang kekal selepas beberapa waktu, yang berlaku dalam satu payudara sahaja.
Gejala-gejala ini tidak semestinya bermakna anda menghidapi kanser payudara. Ia adalah tanda-tanda yang memberi isyarat kepada anda untuk membuat pemeriksaa doktor dengan segera. Gejala kanser payudara lelaki adalah sama seperti wanita. Dalam sesetengah kes, gejala tidak kelihatan dan kanser payudara boleh dikesan dengan penyaringan mamogram.




Tuesday 24 July 2012

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012 bagi negeri Selangor

Setiap kali masuk bulan puasa, pasti ramai yang tertanya-tanya, bila waktu sahur abis? imsak jam berapa? kerana tak ramai antara kita yang alert waktu imsak jam berapa. Berbeza dengan waktu berbuka puasa yang sama waktu dengan masuknya waktu magrib.

Di sini saya sediakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun ini, 2012 bagi negeri Selangor buat rujukan kalian. Mengapa Selangor sahaja?  kerana saya menetap di Selangor.. hehehe.



Selamat berpusa semua~




Monday 23 July 2012

Anakku dan Ramadhan

Ramadhan masuk hari yang keempat. Dan empat hari jugalah anakku, Siti Zulaikha Nurfariesha, 5 tahun telah berpuasa. Walaupun di penghujung hari, Zulaikha akan merengek kelaparan. Tapi dia boleh bertahan sehingga waktu berbuka.
Premium Beautiful
My Girl, Zulaikha
Setiap kali diberi main tablet atau notebook, rasa lapar Zulaikha akan lenyap macam magic. Itu sahaja caranya nak hilangkan rasa lapar Zulaikha.

Seawal dulu, rasa kasihan melihat Zulaikha lapar berpuasa. Tapi semalam, pabila pulang dari sekolah, Zulaikha masih bersemangat walaupun terpaksa melihat rakan kelas makan dan minum (Zulaikha bersekolah di Tadika Cina). Malahan beliau bangga bercerita yang beliau seorang sahaja yang tahan dari makan dan minum, tak seperti rakan sekelas yang lain. Ini dibantu oleh guru kelas yang memberi kerjasama menjaga dan menasihati Zulaikha untuk terus berpuasa di tadika.

Zulaikha memang payah nak bangun sahur. Cara terbaik nak kejutkan Zulaikha ialah sapukan air dimukanya. Kemudian terus minta dia cuci muka supaya segar ketika bersahur. Selepas sahur, confirm dia masuk tidur semula atau minta nak guna notebook. Jam 11 pagi, baru Zulaikha bagun tidur, mandi dan bersiap ke tadika yang bermula jam 1 petang. I dah minta Zulaikha dikecualikan dari aktiviti luar kelas terutama kelas senaman. Ia bertujuan supaya Zulaikha tidak kehausan keletihan. Namun, cikgu tadika dibenarkan memberi Zulaikha minum atau makan jika puasa Zulaikha nampak memudaratkan kesihatannya.

Setiap perbuatan baik anak harus diberi ganjaran. Untuk Zulaikha, I janjikannya sebuah basikal baru. Apa lagi, bertambah semangatlah Zulaikha mahu berpuasa penuh sebulan. Nenek di kampung juga menjanjikan ganjaran jika Zulaikha berjaya berpuasa penuh.

Melihat Zulaikha, terlintas di benak I, betapa ramai lagi umat islam yang tidak menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Adakah kerana mereka tidak melihat ganjaran yang Allah telah janjikan. Dan tidak melihat azab seksaan kemurkaanNya. Berbeza dengan Zulaikha, anak kecil yang percaya akan ada ganjaran dari parent dan neneknya.

Mama dan Papa bangga dengan Zulaikha. Semoga puasa Zulaikha tahun ini penuh. Go! Zulaikha Go!

Renung-renugkan~

Premium Beautiful



Premium Beautiful


Premium Beautiful

Thursday 19 July 2012

Premium Beautiful Promotion - Ramadhan

Premium Beautiful

Tuesday 17 July 2012

Ramadhan Dulu vs Kini (bazar)

Ramadhan tiba lagi, dan sekali lagi kita akan diuji. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malahan mendidik diri melawan nafsu dari melakukan kemungkaran, terutama perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa-dosa kecil dan memperbanyakkan amalan yang sunat.

Dulu waktu kecil, mak akan siapkan segala juadah, kalau ada yang abah beli, bawa balik juadah waktu balik kerja, tu dah kira sangat mewah. Pastu tukar dengan jiran-jiran, ada juga yang mak sedekahkan ke surau (Surau Al-Amin). Petang lepas Asar, ikut abah ambil bubur lambok kat padang (BTR). Beratur punyer la panjang... hadoi.. tapi sedap, so berbaloi la jugak.

Waktu tu mana ada bazar ramadhan, yang ada pun peniaga yang jual kat tepi-tepi jalan, buka meja tegak payung. Tak macam sekarang, bazar ramadhan bersepah-sepah kat banyak lokasi.

Ramai yang mengunjungi baazar Ramadhan


Dari pengamatan, dulu, bulan Ramadhan bulan yang paling boleh save budget. Mana taknya, makan 2 kali sehari jer. Waktu sahur dan berbuka. Kini, memang waktu sahurnya masih sekali, tapi waktu berbukanya banyak kali.. First lepas azan Magrib, pastu lepas solat Magrib, lepas solat terawih dan seterusnya sebelum nak masuk tido (pun ada gak..)

Dulu bulan Ramadhan belanja makan sikit sahaja, sekarang kalau dah pergi ke bazaar ramadhan, pantang tengok, sume nak beli, tak kurang RM 50 belanja makan sehari, mengalahkan belanja makan hari-hari biasa selain Ramadhan.

Duit yang save dari belanja makan, digunakan buat belanja barang nak raya. Tapi sekarang, duit nak raya kene pulak korek kot lain.. so kene la OT kaw kaw. Baru dapat beraya dengan bergaya.

Dulu bulan puasa, kita jadi kurus. Tapi kini, habis je bulan Ramadhan, kita bertambah gemok.. hahaha.

Actually, Islam itu indah, segala amalan yang Allah wajibkan ke atas hambanya sangat la teratur, tidak memudaratkan sebaliknya menyihatkan jika kita jalani perintahNya dengan penuh ketaatan.
Dulu dan Kini, suatu perbandingan yang menampakan betapa kita berjaya menahan lapar dan dahaga, tetapi tak berjaya kawal nafsu apabila berdepan dengan bazar Ramadhan.

Renung-renungkan...

Tuesday 10 July 2012

Kaedah makan untuk kurus

Mengetahui Bagaimana Kaedah Makan yang Unik Boleh Membantu Anda Mengurangkan Berat Badan

Mengapa makan dengan JARI lebih menyihatkan berbanding penggunaan sudu dan garpu?

Di seluruh dunia, ramai orang makan dengan tangan mereka. Terutama di timur. Di Malaysia, dan negara timur seperti Maghribi, India, Pakistan, dan Arab Saudi, kita akan melihat orang-orang yang makan dengan tangan. Ramai orang dari negara-negara ini adalah Islam. Ia adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W., makan dengan tangan. Nabi Muhammad S.A.W. makan dengan tangan kanannya dan menggunakan jari 3. Selepas baginda selesai makan, baginda akan menjilat jarinya untuk memastikan baginda tidak membuang apa-apa makanan, kerana pada makanan tersebut terdapatnya rahmat dari Allah. Baginda sentiasa selesai apa yang dikunyah dalam mulutnya terlebih dahulu, sebelum baginda mencapai makanan yang lain. Baginda juga mengunyah makanan kira-kira 80 kali. Baginda tidak pernah makan sendirian. Baginda selalu berkongsi makanan dengan para sahabat yang lain. Kita seharusnyanya mengikuti sunnah baginda dan melaksanakan perkara-perkara ini dalam kehidupan seharian kita.

Dulu time kecik.. Pernah gak makan dalam dulang, share
dengan adik beradik.. best oh...

Walau bagaimanapun, di barat, ia dianggap tidak bertamadun untuk makan dengan tangan. Sedangkan terdapat ramai antara mereka yang sangat tidak sihat. Mereka menderita akibat pelbagai masalah kesihatan yang berpunca dari pemakanan. Obesiti telah melonjak naik hanya dalam beberapa tahun yang lepas. Masyarakat barat telah ditipu oleh syarikat-syarikat farmaseutikal yang menanamkan dalam fikiran mereka, ubat yag beracun adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah kesihatan. Mereka harus berfikiran terbuka untuk mencuba apa-apa yang akan menjadikan mereka lebih sihat. Mereka mempunyai teknologi terbaik di dunia. Namun mereka adalah masyarakat yang paling sakit di dunia. Jelas sekali, barat tidak melakukan sesuatu yang betul. Tidakkah anda setuju?Jika sesuatu yang begitu mudah seperti makan dengan tangan kita adalah berguna untuk kesihatan kita. Saya fikir semua orang harus mencubanya.

Kenapa kita sihat apabila kita makan menggunakan tangan?
1. Ia menggalakkan kebersihan. Jika kita menggunakan tangan untuk makan, pasti kita akan menjaga kebersihan tangan kita. Pernah tak anda terfikir, adakah sudu dan garpu yang anda gunakan di gerai/ restoran dicuci sebersihnya? cuba check, ada tak sisa kotoran dengan mengelap perkakasan tersebut menggunakan tisu putih.

2.Makan dengan tangan menggunakan tiga jari menghadkan jumlah makanan yang kita makan tanpa kita sedari, kaedah ini sangat membantu dalam mencegah makan berlebihan. (betapa baiknya kaedah makan yang Nabi kita ajarkan)

3. Dengan menggunakan tangan, kita boleh memberitahu jika makanan yang panas atau tidak dan mencegah lidah kita melecur, dan bukannya hanya menggali dengan garpu.

4.Apabila kita makan dengan jari, ada enzim penghadaman tertentu yang dikeluarkan oleh jari yang membantu dalam proses pencernaan. Ini juga menghalang kekurangan insulin, di samping membantu pesakit kencing manis. Menjilat jari bersih selepas makan memastikan enzim pencernaan dimakan dan ditelan ke dalam perut yang membantu mata, otak dan perut. Ini adalah hebat untuk mengubati pelbagai penyakit perut, penyakit otak dan masalah jantung.

Kebersihan adalah faktor yang besar bagi saya. Kita tahu jika tangan kita bersih. Tapi kita tak pasti samada garpu atau sudu yang kita gunakan dalah benar-benar bersih atau tidak. Terutamanya, bila kita berada di restoran. Mereka mungkin tak cuci sudu dan garpu dengan bersih seperti yang kita lakukan. Agak-agak brapa kali anda merungut dalam hati bila ambil sudu di restoran.."cam tak bersih jer...". Tapi kalau kita makan guna tangan, confirm la kita tau tangan kita bersih atau tidak.

Saya seorang yang tak suka membazir makanan. Manggunakan tangan, kita dapat mencapai bahagian makan yang tak tercapai dek sudu dan garpu. Kirakan kalau makan kari kepala ikan, mau sampai tinggal tulang. Tapi kalau guna sudu garpu, confirm terkial-kial, tak licin plak tu. Anda pula bagaimana? ada orang, suka makan isi jer, yg tertinggal kat celah-celah tulang tu, selalu diabaikan.

Kini anda tahu yang makan menggunakan tangan membantu sistem pencernaan (tak perlu minum minuman kultur berbakteria baik pun...) Sistem pencernaan yang baik memainkan peranan yang besar dalam menjaga kesihatan kita. Jika ia terganggu, kita akan jatuh sakit.

Walaubagaimanapun, keputusan terletak ditangan anda. Makan menggunakan tangan bukan sahaja adat bangsa kita, malah jika amalkan makan menggunakan tiga jari, kita telah mengamalkan sunnah Baginda yang amat menyihatkan. Namun jika kita berasa malu, dan bermegah makan ikut cara barat guna sudu garpu.. tak dapat la saya nak tolong. Namun bagi bangsa lain yang belum mencuba, saya cadangkan anda mengamalkannya.