Monday 22 October 2012

Kejayaan dan Kegagalan dalam Bisnes MLM

Banyak syarikat MLM mengishtiharkan jumlah ahli yang telah menjadi jutawan MLM. Ada yang 100 org, 200 org dan pebagai jumlah.
(anda boleh check sendiri di website syarikat)

Tetapi tahukah anda berapakah jumlah ahli mereka yang gagal dan kecundang dalam biz MLM? Tak salah rasanya jika saya andaikan... mungkin 9 X dr jumlah yg succes. Yg mana mungkin separuh dr mereka menghadapi beban hutang dgn pihak bank dan separuh lagi hanya sekadar dapat menghabiskan stok produk dan melunaskan hutang.

Pepatah melayu ada menyebut " lebih banyak nasi, lebih banyak keraknya". Tapi berbeza dengan MLM...  Banyak beras yang perlu menjadi kerak untuk dapatkan sesudu nasi... Nampak tak kena kan... Mana silapnya?

Pihak syarikat telah menggariskan panduan untuk menjadi usahawan MLM yang mana caranya lebih sistematik dan praktikal. Manakala, upline anda pula akan mengajar anda kaedah untuk menjadi usahawan yang berjaya dan kaya dengan lebih cepat. Walaupun ramai di antara rakan seperjuangan anda yang lebih bergaya berbanding yang berjaya.

PEMBELIAN STOK BERLEBIHAN.
Semua syarikat MLM menyarankan pembelian mengikut permintaan. Maksudnya, bila ada order baru beli. Dan bukanlah membeli stok yang banyak untuk mendapatkan Point Value yang mana akhirnya stok gagal dijual dan anda akan kerugian.

Walau bagaimana pun, syarikat SANGAT GUMBIRA apabila anda membeli stok yang banyak. Yang mana menguntungkan mereka dan kerugian anda tanggung sendiri.

Upline anda juga akan heppi bila Point Value anda dapat dikongsi bersama.

Corrective Action
No corrective action. Once you buy,there is mo way for refund. Terlajak perahu noleh diundur. Tetapi tidak stok yang anda beli.

Preventive Action
1. Mula dari bawah sebagai ahli.
2. Cuba buat jualan dan check permintaan pasaran.
3. Dapatkan pesanan pembeli
4. Beli produk dari stokis (dapat juga PV)
5. Jual kepada pelanggan
6. Dapat untung. Simpan utk rolling
7. Ulang 2 hingga 6 sehingga berjaya.

Tuesday 16 October 2012

Susah dan Senang Bisness MLM part 2

3. Senangnya biz MLM jika anda tahu caranya.
3.a. Jika dulu, MLM kene wat direct selling. Tapi kini tak lagi. Apa yang perlu lakukan adalah buat pengiklanan. Gunakan setiap ruang IT yang ada untuk buat iklan percuma utk mempromosikan produk MLM anda.

3.b. Pernah tak anda terfikir bagaimana syarikat rokok mempromosikan rokok mereka sedangkan masyarakat sedia maklum... Rokok merbahayakan kesihatan? Agak2nya bagaimana mereka lakukan?

3.c. Cuba timbulkan "pertanyaan" di dalam fikiran follower atau pembaca post blog atau fb anda apabila anda menulis sesuatu yang berkaitan MLM anda. "Pertanyaan" mereka menunjukan minat dan ingin tahu pembaca post anda.

3.d. Jawapan bg setiap persoalan haruslah secara persorangan. Jgn sesekali jwb soalan di wall, seharusnya perbualan, soalan dan jawapan melalui PM (private message)

Wednesday 10 October 2012

Susah dan Senang MLM bisnes

Bila sebut tentang MLM, ramai yang sedia maklum apakah itu MLM, tak pun korang boleh search jer kat Google. Semua details tentang MLM korang akan tahu.
Tapi kali ni aku nak cerita sesuatu disebalik MLM, kebaikan dan keburukan, yang mana insyaallah sedikit sebanyak akan membantu korang membuat keputusan untuk menyertai bisnes MLM atau tidak.

1. RAKAN memperkenalkan sebuah perniagaan MLM kepada anda, RAKAN menyatakan akan membantu anda sehingga berjaya di dalam MLM, RAKAN sanggup membawa anda kemana sahaja (jika tidak pun UPLINE2  anda) sehingga mungkin suatu hari nanti akan bergelar Jutawan MLM.


     - Seriously, this is joking. Rakan anda mungkin akan membantu, tetapi tidak Upline-upline di atas beliau. cuba fikirkan, mana mungkin orang yang anda baru kenali (mgkin sekali jer jumpa waktu biz sharing) akan bersusah payah nak bantu anda sampai jd jutawan. Yang Rakan tu mungkinlah jugak, sbb dia dah kenal anda lama (itupun klu kawan karib). Unless they got something from you.. Bak kata Scorpion, what you give you get back.

     - Penyelesaian: Kaji perniagaan yang dicadangkan. Bermula dari bawah pada tapak kaki sendiri. Kelas dan ceramah tentang perniagaan MLM ada disediakan di mana-mana stokis MLM. Permulaan biz MLM adalah cukup sekadar anda mendaftar sebagai ahli, boleh beli produk dengan harga murah dan jual produk pada harga pasaran. Itu sahaja. Kerana kejayaan tidak akan datang dengan tiba-tiba. tidak dengan pembelian yang banyak yang akhirnya memerangkap anda untuk menjual stok yang dibeli.


2. Rakan anda sanggup bawa anda ke stokis setiap minggu, sanggup jemput dan hantar ke rumah lagi.


     - Harga petrol semakin lama semakin mahal. Mana mahunyer dia nak jemput dan hantar awak tu. Ingat dia drebar. Apatah lagi jika rakan anda tu usahawan MLM yang agak berjaya, dah ada kereta yang agak mewah, within 1 month, boleh ler. tiap2 minggu nak jadi drebar, mana mahu nyer.

     - Penyelesaian: dengar penerangan dari rakan bersungguh-sungguh dan ambil pengetahuan MLM sebanyak yang mungkin. Tapi tak semestinyer join MLM anda beliau.
Contohnya anda tinggal di Batu Cave, dan Rakan anda datang dan mengajak anda join stokis Klang.
Abaikan rakan anda dan joint sendiri secara individu di stokis Batu Cave atau mana-mana stokis yang berhampiran anda. Sebelum rakan anda mengkhianati apa yang dijanji. Baik anda ambil pencegahan awal. Tak susah kan rakan anda, dan tak susahkan anda sendiri.