Tuesday 17 July 2012

Ramadhan Dulu vs Kini (bazar)

Ramadhan tiba lagi, dan sekali lagi kita akan diuji. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malahan mendidik diri melawan nafsu dari melakukan kemungkaran, terutama perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa-dosa kecil dan memperbanyakkan amalan yang sunat.

Dulu waktu kecil, mak akan siapkan segala juadah, kalau ada yang abah beli, bawa balik juadah waktu balik kerja, tu dah kira sangat mewah. Pastu tukar dengan jiran-jiran, ada juga yang mak sedekahkan ke surau (Surau Al-Amin). Petang lepas Asar, ikut abah ambil bubur lambok kat padang (BTR). Beratur punyer la panjang... hadoi.. tapi sedap, so berbaloi la jugak.

Waktu tu mana ada bazar ramadhan, yang ada pun peniaga yang jual kat tepi-tepi jalan, buka meja tegak payung. Tak macam sekarang, bazar ramadhan bersepah-sepah kat banyak lokasi.

Ramai yang mengunjungi baazar Ramadhan


Dari pengamatan, dulu, bulan Ramadhan bulan yang paling boleh save budget. Mana taknya, makan 2 kali sehari jer. Waktu sahur dan berbuka. Kini, memang waktu sahurnya masih sekali, tapi waktu berbukanya banyak kali.. First lepas azan Magrib, pastu lepas solat Magrib, lepas solat terawih dan seterusnya sebelum nak masuk tido (pun ada gak..)

Dulu bulan Ramadhan belanja makan sikit sahaja, sekarang kalau dah pergi ke bazaar ramadhan, pantang tengok, sume nak beli, tak kurang RM 50 belanja makan sehari, mengalahkan belanja makan hari-hari biasa selain Ramadhan.

Duit yang save dari belanja makan, digunakan buat belanja barang nak raya. Tapi sekarang, duit nak raya kene pulak korek kot lain.. so kene la OT kaw kaw. Baru dapat beraya dengan bergaya.

Dulu bulan puasa, kita jadi kurus. Tapi kini, habis je bulan Ramadhan, kita bertambah gemok.. hahaha.

Actually, Islam itu indah, segala amalan yang Allah wajibkan ke atas hambanya sangat la teratur, tidak memudaratkan sebaliknya menyihatkan jika kita jalani perintahNya dengan penuh ketaatan.
Dulu dan Kini, suatu perbandingan yang menampakan betapa kita berjaya menahan lapar dan dahaga, tetapi tak berjaya kawal nafsu apabila berdepan dengan bazar Ramadhan.

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment