Wednesday 10 October 2012

Susah dan Senang MLM bisnes

Bila sebut tentang MLM, ramai yang sedia maklum apakah itu MLM, tak pun korang boleh search jer kat Google. Semua details tentang MLM korang akan tahu.
Tapi kali ni aku nak cerita sesuatu disebalik MLM, kebaikan dan keburukan, yang mana insyaallah sedikit sebanyak akan membantu korang membuat keputusan untuk menyertai bisnes MLM atau tidak.

1. RAKAN memperkenalkan sebuah perniagaan MLM kepada anda, RAKAN menyatakan akan membantu anda sehingga berjaya di dalam MLM, RAKAN sanggup membawa anda kemana sahaja (jika tidak pun UPLINE2  anda) sehingga mungkin suatu hari nanti akan bergelar Jutawan MLM.


     - Seriously, this is joking. Rakan anda mungkin akan membantu, tetapi tidak Upline-upline di atas beliau. cuba fikirkan, mana mungkin orang yang anda baru kenali (mgkin sekali jer jumpa waktu biz sharing) akan bersusah payah nak bantu anda sampai jd jutawan. Yang Rakan tu mungkinlah jugak, sbb dia dah kenal anda lama (itupun klu kawan karib). Unless they got something from you.. Bak kata Scorpion, what you give you get back.

     - Penyelesaian: Kaji perniagaan yang dicadangkan. Bermula dari bawah pada tapak kaki sendiri. Kelas dan ceramah tentang perniagaan MLM ada disediakan di mana-mana stokis MLM. Permulaan biz MLM adalah cukup sekadar anda mendaftar sebagai ahli, boleh beli produk dengan harga murah dan jual produk pada harga pasaran. Itu sahaja. Kerana kejayaan tidak akan datang dengan tiba-tiba. tidak dengan pembelian yang banyak yang akhirnya memerangkap anda untuk menjual stok yang dibeli.


2. Rakan anda sanggup bawa anda ke stokis setiap minggu, sanggup jemput dan hantar ke rumah lagi.


     - Harga petrol semakin lama semakin mahal. Mana mahunyer dia nak jemput dan hantar awak tu. Ingat dia drebar. Apatah lagi jika rakan anda tu usahawan MLM yang agak berjaya, dah ada kereta yang agak mewah, within 1 month, boleh ler. tiap2 minggu nak jadi drebar, mana mahu nyer.

     - Penyelesaian: dengar penerangan dari rakan bersungguh-sungguh dan ambil pengetahuan MLM sebanyak yang mungkin. Tapi tak semestinyer join MLM anda beliau.
Contohnya anda tinggal di Batu Cave, dan Rakan anda datang dan mengajak anda join stokis Klang.
Abaikan rakan anda dan joint sendiri secara individu di stokis Batu Cave atau mana-mana stokis yang berhampiran anda. Sebelum rakan anda mengkhianati apa yang dijanji. Baik anda ambil pencegahan awal. Tak susah kan rakan anda, dan tak susahkan anda sendiri.

No comments:

Post a Comment