Friday, 23 November 2012

Sharing is Caring - SHOWER HEATER

SHOWER HEATER

Tentu ramai antara kita yang mempunyai Shower Heater di rumah. Bangun pagi mesti nak pekena mandian yang panas baru rasa selesa (actualy tak tahan sejuk) dan pulang dari kerja pun nak pekena mandian panas, baru lah badan terasa segar.

Tahukah anda?

1. Bagaimana Shower Heater membuatkan air yang kita mandi jadi panas?
    Shower Heater terdiri daripada beberapa kompenan elektrik dan elektronik di dalamnya.
    Binaa asas Shower Heater adalah seperti di bawah:

Premium Beautiful

1.1. Pertama yang berlaku apabila kita buka pili air Shower Heater
       1.1.a. Air mengalir masuk melalui Cold Water Inlet
       1.1.b. Menuju ke Flow Switch
       1.1.c. Mengalir memenuhi Heating Module
       1.1.d. Air keluar melalui Hot Water Outlet apabila Heating Module dipenuhi air

1.2. Kedua yang berlaku apabila kita ON Shower Heater
       1.2.a, Elektrik dari Wiring Terminal Block dialirkan ke Heating Module sebaik sahaja Flow Switch mengesan
       aliran air (1.1.b.)
       1.2.b. Tenaga elektrik diubah menjadi tenaga haba oleh elemen pemanas yang terdapat di dalam
       Heater Module.
       1.2.c. Haba yang terhasil dipindahkan kepada air di dalam Heater Module
       1.2.d. Air yang pada asalnya sejuk menjadi panas dan dialirkan keluar melalui Hot Water Outlet
       1.2.e. Maka dapatlah kita mandi dengan air yang panas.


2. Adakah Shower Heater selamat?

    Shower Heater pada asalnya adalah selamat digunakan walaupun terdapat beberapa kes kematian yang berpunca dari kesilapan pengguna sendiri. Namun terdapat beberapa langkah keselamatan yang harus dititik beratkan oleh pengguna terutama arahan pengeluar yang meminta pengguna melakukan ujian kebocoran dengan menekan TEST button pada Shower Heater sekurang-kurangnya sekali setiap 6 bulan.
    Terdapat pelbagai perkakasan keselamatan yang terdapat pada Shower Heater pada masa kini berbanding gambarajah asas di atas.
    Pada gambarajah asas Shower Heater, terdapat 3 peralatan keselamatan;
       1. Flow Switch
       2. Safety Thermal Cut-Off
       3.Scald-Guard Thermostat

    2.1. Flow Switch berperanan memastikan elektrik dialirkan ke Heater Module hanya jika aliran air dikesan. Ini bagi memastikan Heating Element yang berada di dalam Heater Module sentiasa ditenggelami air

    2.2. Safety Thermal Cut-Off pula berfungsi mengawal suhu air. Maka tidaklah kita mengalami kelecuran. Kebiasaanya, suhu air dikawal pada pada kepanasan 55°C (pada model asas). Thermal Cut-Off akan memutuskan bekalan elektrik jika suhu air (Heater Module) mencapai takat suhu maksimum, dan menyambung bekalan elektrik apabila suhu berada di bawah takat minimum. Ini menyebabkan kepanasan air dapat dikekal pada suhu yang ditetapkan pengeluar, yang mana sesuai dengan ketahan kulit manusia.

    2.3. Kegagalan Safety Thermal Cut-Off mengesan peningkatan suhu air menyebabkan arus elektrik dialirkan secara berterusan tanpa kawalan. Suhu maksima yang pernah direkodkan adalah menghampiri 130° dimana air di dalam Heater Module telah bertukar menjadi wap dengan kemungkinan letupan boleh berlaku.

Disinilah kegunaan Scald-Guard Thermostat. Ia dipasang pada bahagian atas Heater Module bagi memastikan bekalan elektrik diputuskan serta merta. Kebiasaannya takat suhu maksima termostat adalah 75°C sehingga 80°C yang mana di bawah takat didih air; 100°C. Ia adalah jenis single action termostat, hanya mampu memutuskan litar elektrik tetapi tidak boleh menyambungkannya semula.

    Antara keselamatan lain yang terdapat pada gambarajah asas Shower Heater di atas adalah rekabentujnya. Perhatikan Hot Water Outlet, ia keluar dari bahagian atas Heater Module! ia bertujuan memastikan air di dalam Heater Module akan akan mengalir keluar apabila Heater Module benar-benar penuh.

    Perhatikan elemen pemanas di bahagian bawah Heater Module. Ia dipasang secara terbalik, dari bawah Heater Module dan bukannya dari atas. Ini bagi memastikan elemen pemanas terendam di dalam air pada bahagian air yang sejuk (teori aliran haba, sesuatu yang panas akan berada di atas).

    Kombinasi Hot Water Outlet dan kedudukan elemen pemanas di bawah memastikan heater sentiasa terendam supaya masalah "Pemanasan-Kering" yang boleh membawa kepada kecelakaan dan kematian daripada berlaku.


Monday, 19 November 2012

Kempen Boikot Israel 2012

Boikot produk dan syarikat yang menyokong Israel adalah satu cara yang aman meletakkan tekanan antarabangsa ke atas apartheid Israel yang mana mengikut langkah pemulauan terhadap apartheid Afrika Selatan berjaya. Bantu menamatkan penderitaan rakyat Palestin dengan memboikot Israel hari ini!

Sila klik link di bawah untuk mengetahui produk dan syarikat manakah yang membiayai kerajaan Israel dalam pencerobohan mereka ke atas Palestin

Boycott Israel Campaign 2012

Monday, 22 October 2012

Kejayaan dan Kegagalan dalam Bisnes MLM

Banyak syarikat MLM mengishtiharkan jumlah ahli yang telah menjadi jutawan MLM. Ada yang 100 org, 200 org dan pebagai jumlah.
(anda boleh check sendiri di website syarikat)

Tetapi tahukah anda berapakah jumlah ahli mereka yang gagal dan kecundang dalam biz MLM? Tak salah rasanya jika saya andaikan... mungkin 9 X dr jumlah yg succes. Yg mana mungkin separuh dr mereka menghadapi beban hutang dgn pihak bank dan separuh lagi hanya sekadar dapat menghabiskan stok produk dan melunaskan hutang.

Pepatah melayu ada menyebut " lebih banyak nasi, lebih banyak keraknya". Tapi berbeza dengan MLM...  Banyak beras yang perlu menjadi kerak untuk dapatkan sesudu nasi... Nampak tak kena kan... Mana silapnya?

Pihak syarikat telah menggariskan panduan untuk menjadi usahawan MLM yang mana caranya lebih sistematik dan praktikal. Manakala, upline anda pula akan mengajar anda kaedah untuk menjadi usahawan yang berjaya dan kaya dengan lebih cepat. Walaupun ramai di antara rakan seperjuangan anda yang lebih bergaya berbanding yang berjaya.

PEMBELIAN STOK BERLEBIHAN.
Semua syarikat MLM menyarankan pembelian mengikut permintaan. Maksudnya, bila ada order baru beli. Dan bukanlah membeli stok yang banyak untuk mendapatkan Point Value yang mana akhirnya stok gagal dijual dan anda akan kerugian.

Walau bagaimana pun, syarikat SANGAT GUMBIRA apabila anda membeli stok yang banyak. Yang mana menguntungkan mereka dan kerugian anda tanggung sendiri.

Upline anda juga akan heppi bila Point Value anda dapat dikongsi bersama.

Corrective Action
No corrective action. Once you buy,there is mo way for refund. Terlajak perahu noleh diundur. Tetapi tidak stok yang anda beli.

Preventive Action
1. Mula dari bawah sebagai ahli.
2. Cuba buat jualan dan check permintaan pasaran.
3. Dapatkan pesanan pembeli
4. Beli produk dari stokis (dapat juga PV)
5. Jual kepada pelanggan
6. Dapat untung. Simpan utk rolling
7. Ulang 2 hingga 6 sehingga berjaya.