Premium Beautiful

Pakaian Dalam Pembentukan Badan


Pakaian yang kelihatan cantik dipakai oleh orang lain, tidak semestinya cantik dan sepadan dengan susuk tubuh kita. Mungkin kita perlu bertanyakan saiz yang lebih besar kepada juru jual atau berlalu pergi dengan menyimpan azam akan memperbaiki diri. Namun sekian lama, azam kita kian pudar dan kita hanya akan teringat semula apabila kita melihat pakaian hebat lain, yang terdapat di komplek membeli belah. Bilakah hasrat anda akan tercapai?

Premium Beautiful ~ Membantu membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, sihat dan seimbang.

Kelebihan Premium Beautiful:

     1. Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan
         rangka badan manusia - berfungsi mendorong peredaran darah dan proses
         metabolisme.

     2. Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang
         boleh dicuci dan tahan lama.

     3. Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut 
         pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

     4. Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan
         buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.

     5. Jaminan sepanjang hayat. Produk yang rosak akan diperbaiki secara percuma.



Pakaian Dalam Pembentukan Badan Premium Beautiful terdiri daripada:




1. Coli Panjang. Long Brassiere [click here]
Buah dada merupakan bahagian wanita yang paling menonjol dan menjadi lambang kewanitaan yang menyerlahkan kecantikannya. Brassiere menolak lemak badan yang berlebihan ke arah kap coli untuk memberikan sokongan dan pembentukan yang lebih baik. Direka dengan menggunakan net berkuasa ganda yang mengandungi kapas lembut, ia memberikan keselesaan di sekeliling kulit yang lembut.

2. Bengkung Pinggang. Waist Nipper [click here]
Digunakan untuk melangsingkan garis pinggang dan bahagian pinggang bagi mencantikkan lagi potongan dari bahagian buah dada ke pinggul. Ia menegangkan bonjol-bonjol bahagian tengah tubuh dan menolak lemak di bahagian perut untuk mencipta potongan yang cantik dengan mengawal bahagian perut dan merampingkan pinggang.

3. Seluar Dalam Panjang. Long Girdle [click here]
Long Girdle mengawal dan menyokong pinggul dan perut supaya kelihatan panjang tirus, serta membentuk peha, pinggul dan bahagian perut supaya kelihatan lebih tirus dan ramping.




No comments:

Post a Comment