Monday, 22 October 2012

Kejayaan dan Kegagalan dalam Bisnes MLM

Banyak syarikat MLM mengishtiharkan jumlah ahli yang telah menjadi jutawan MLM. Ada yang 100 org, 200 org dan pebagai jumlah.
(anda boleh check sendiri di website syarikat)

Tetapi tahukah anda berapakah jumlah ahli mereka yang gagal dan kecundang dalam biz MLM? Tak salah rasanya jika saya andaikan... mungkin 9 X dr jumlah yg succes. Yg mana mungkin separuh dr mereka menghadapi beban hutang dgn pihak bank dan separuh lagi hanya sekadar dapat menghabiskan stok produk dan melunaskan hutang.

Pepatah melayu ada menyebut " lebih banyak nasi, lebih banyak keraknya". Tapi berbeza dengan MLM...  Banyak beras yang perlu menjadi kerak untuk dapatkan sesudu nasi... Nampak tak kena kan... Mana silapnya?

Pihak syarikat telah menggariskan panduan untuk menjadi usahawan MLM yang mana caranya lebih sistematik dan praktikal. Manakala, upline anda pula akan mengajar anda kaedah untuk menjadi usahawan yang berjaya dan kaya dengan lebih cepat. Walaupun ramai di antara rakan seperjuangan anda yang lebih bergaya berbanding yang berjaya.

PEMBELIAN STOK BERLEBIHAN.
Semua syarikat MLM menyarankan pembelian mengikut permintaan. Maksudnya, bila ada order baru beli. Dan bukanlah membeli stok yang banyak untuk mendapatkan Point Value yang mana akhirnya stok gagal dijual dan anda akan kerugian.

Walau bagaimana pun, syarikat SANGAT GUMBIRA apabila anda membeli stok yang banyak. Yang mana menguntungkan mereka dan kerugian anda tanggung sendiri.

Upline anda juga akan heppi bila Point Value anda dapat dikongsi bersama.

Corrective Action
No corrective action. Once you buy,there is mo way for refund. Terlajak perahu noleh diundur. Tetapi tidak stok yang anda beli.

Preventive Action
1. Mula dari bawah sebagai ahli.
2. Cuba buat jualan dan check permintaan pasaran.
3. Dapatkan pesanan pembeli
4. Beli produk dari stokis (dapat juga PV)
5. Jual kepada pelanggan
6. Dapat untung. Simpan utk rolling
7. Ulang 2 hingga 6 sehingga berjaya.

No comments:

Post a Comment