SHOWER HEATER
Tentu ramai antara kita yang mempunyai Shower Heater di rumah. Bangun pagi mesti nak pekena mandian yang panas baru rasa selesa (actualy tak tahan sejuk) dan pulang dari kerja pun nak pekena mandian panas, baru lah badan terasa segar.
Tahukah anda?
1. Bagaimana Shower Heater membuatkan air yang kita mandi jadi panas?
Shower Heater terdiri daripada beberapa kompenan elektrik dan elektronik di dalamnya.
Binaa asas Shower Heater adalah seperti di bawah:
1.1. Pertama yang berlaku apabila kita buka pili air Shower Heater
1.1.a. Air mengalir masuk melalui Cold Water Inlet
1.1.b. Menuju ke Flow Switch
1.1.c. Mengalir memenuhi Heating Module
1.1.d. Air keluar melalui Hot Water Outlet apabila Heating Module dipenuhi air
1.2. Kedua yang berlaku apabila kita ON Shower Heater
1.2.a, Elektrik dari Wiring Terminal Block dialirkan ke Heating Module sebaik sahaja Flow Switch mengesan
aliran air (1.1.b.)
1.2.b. Tenaga elektrik diubah menjadi tenaga haba oleh elemen pemanas yang terdapat di dalam
Heater Module.
1.2.c. Haba yang terhasil dipindahkan kepada air di dalam Heater Module
1.2.d. Air yang pada asalnya sejuk menjadi panas dan dialirkan keluar melalui Hot Water Outlet
1.2.e. Maka dapatlah kita mandi dengan air yang panas.
2. Adakah Shower Heater selamat?
Shower Heater pada asalnya adalah selamat digunakan walaupun terdapat beberapa kes kematian yang berpunca dari kesilapan pengguna sendiri. Namun terdapat beberapa langkah keselamatan yang harus dititik beratkan oleh pengguna terutama arahan pengeluar yang meminta pengguna melakukan ujian kebocoran dengan menekan TEST button pada Shower Heater sekurang-kurangnya sekali setiap 6 bulan.
Terdapat pelbagai perkakasan keselamatan yang terdapat pada Shower Heater pada masa kini berbanding gambarajah asas di atas.
Pada gambarajah asas Shower Heater, terdapat 3 peralatan keselamatan;
1. Flow Switch
2. Safety Thermal Cut-Off
3.Scald-Guard Thermostat
2.1. Flow Switch berperanan memastikan elektrik dialirkan ke Heater Module hanya jika aliran air dikesan. Ini bagi memastikan Heating Element yang berada di dalam Heater Module sentiasa ditenggelami air
2.2. Safety Thermal Cut-Off pula berfungsi mengawal suhu air. Maka tidaklah kita mengalami kelecuran. Kebiasaanya, suhu air dikawal pada pada kepanasan 55°C (pada model asas). Thermal Cut-Off akan memutuskan bekalan elektrik jika suhu air (Heater Module) mencapai takat suhu maksimum, dan menyambung bekalan elektrik apabila suhu berada di bawah takat minimum. Ini menyebabkan kepanasan air dapat dikekal pada suhu yang ditetapkan pengeluar, yang mana sesuai dengan ketahan kulit manusia.
2.3. Kegagalan Safety Thermal Cut-Off mengesan peningkatan suhu air menyebabkan arus elektrik dialirkan secara berterusan tanpa kawalan. Suhu maksima yang pernah direkodkan adalah menghampiri 130° dimana air di dalam Heater Module telah bertukar menjadi wap dengan kemungkinan letupan boleh berlaku.
Disinilah kegunaan Scald-Guard Thermostat. Ia dipasang pada bahagian atas Heater Module bagi memastikan bekalan elektrik diputuskan serta merta. Kebiasaannya takat suhu maksima termostat adalah 75°C sehingga 80°C yang mana di bawah takat didih air; 100°C. Ia adalah jenis single action termostat, hanya mampu memutuskan litar elektrik tetapi tidak boleh menyambungkannya semula.
Antara keselamatan lain yang terdapat pada gambarajah asas Shower Heater di atas adalah rekabentujnya. Perhatikan Hot Water Outlet, ia keluar dari bahagian atas Heater Module! ia bertujuan memastikan air di dalam Heater Module akan akan mengalir keluar apabila Heater Module benar-benar penuh.
Perhatikan elemen pemanas di bahagian bawah Heater Module. Ia dipasang secara terbalik, dari bawah Heater Module dan bukannya dari atas. Ini bagi memastikan elemen pemanas terendam di dalam air pada bahagian air yang sejuk (teori aliran haba, sesuatu yang panas akan berada di atas).
Kombinasi Hot Water Outlet dan kedudukan elemen pemanas di bawah memastikan heater sentiasa terendam supaya masalah "Pemanasan-Kering" yang boleh membawa kepada kecelakaan dan kematian daripada berlaku.
Excellent post. I was checking constantly this blog and I am impressed! Extremely helpful info specially the last part :) I care for such information a lot. Thank you and best of luck.
ReplyDeleteEmergency Shower Water Heater
Universal Heating Solutions