My Girl, Zulaikha |
Seawal dulu, rasa kasihan melihat Zulaikha lapar berpuasa. Tapi semalam, pabila pulang dari sekolah, Zulaikha masih bersemangat walaupun terpaksa melihat rakan kelas makan dan minum (Zulaikha bersekolah di Tadika Cina). Malahan beliau bangga bercerita yang beliau seorang sahaja yang tahan dari makan dan minum, tak seperti rakan sekelas yang lain. Ini dibantu oleh guru kelas yang memberi kerjasama menjaga dan menasihati Zulaikha untuk terus berpuasa di tadika.
Zulaikha memang payah nak bangun sahur. Cara terbaik nak kejutkan Zulaikha ialah sapukan air dimukanya. Kemudian terus minta dia cuci muka supaya segar ketika bersahur. Selepas sahur, confirm dia masuk tidur semula atau minta nak guna notebook. Jam 11 pagi, baru Zulaikha bagun tidur, mandi dan bersiap ke tadika yang bermula jam 1 petang. I dah minta Zulaikha dikecualikan dari aktiviti luar kelas terutama kelas senaman. Ia bertujuan supaya Zulaikha tidak kehausan keletihan. Namun, cikgu tadika dibenarkan memberi Zulaikha minum atau makan jika puasa Zulaikha nampak memudaratkan kesihatannya.
Setiap perbuatan baik anak harus diberi ganjaran. Untuk Zulaikha, I janjikannya sebuah basikal baru. Apa lagi, bertambah semangatlah Zulaikha mahu berpuasa penuh sebulan. Nenek di kampung juga menjanjikan ganjaran jika Zulaikha berjaya berpuasa penuh.
Melihat Zulaikha, terlintas di benak I, betapa ramai lagi umat islam yang tidak menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Adakah kerana mereka tidak melihat ganjaran yang Allah telah janjikan. Dan tidak melihat azab seksaan kemurkaanNya. Berbeza dengan Zulaikha, anak kecil yang percaya akan ada ganjaran dari parent dan neneknya.
Mama dan Papa bangga dengan Zulaikha. Semoga puasa Zulaikha tahun ini penuh. Go! Zulaikha Go!
Renung-renugkan~
No comments:
Post a Comment