Di bahagian ni, air agak tenang dan sesuai untuk mandi- manda. Kalau korang perhatikan air selepas longokan batu tu, arus air adalah deras. |
Tapi sekali ni berbeza. Memandangkan jalan sebelum Sg. Yu ada construction, lencongan yang dibuat menyebabkan hubby memperlahankan kenderaan (selalu besit jer..) so bila dah perlahan, sempat la kami usha Sg. Yu..
Ohho.. dah ada orang buka gerai.. kereta park pun byk, ± 10 buah. Pastu ada plak nampak org mandi manda kat Sg. Yu tu. Dulu rasa cam tak penah nampak orang mandi di sini (air deras).
So, ape lagi.. hubby pun susur keluar ke Hentian Rekreasi Sg. Yu dan park krete.
Mula-mula nak usha jer. Tapi bila anak dah merengek nak mandi. Apa lagi nak dikata.. Layan...
Waktu turun ke air, jam menunjuk jam 4.30 petang. Cuaca mendung apatah lagi kawasan hutan yang redup membuatkan suasana tenang dan nyaman (tapi tak aman sangat sebab hentian ni betul-betul tepi jalan).
Zulaikha seronok mandi sorang-sorang sedangkan hubby dah naik awal sebab tak tahan sejuk |
Kat sini kalau diperhatikan terdapat 3 pondok (wakaf) untuk pengunjung berkelah sambil beberapa tempat memanggang BBQ. Walaupun kawasan mandinya adalah terhad, namun bagi geng-geng belia remaja bolehlah gi mandi kat tempat air yang agak deras. Arakian kawasan air yang tenang bagi lah chance kat family yang ada anak kecil.
Memandangkan perjalanan ke Klang masih beratus kilo lagi. Hubby pun suruh kami berkemas pada jam 5.30 petang (sejam cukup lah..) Tetapi tidak bagi Zulaikha, merungut-rungut nak mandi lagi.. Anak-anak memang begitu. Sampai ke kereta pun tak habis merungut lagi.
Anyway, hubby dah janji. Next time kalau lalu lagi kat Hentian Rekreasi ni. Kami akan singgah lagi. But this time, with proper preparation. Bertolak dari Kota Bharu kene awal supaya tak terkejar-kejar masa. Bring some food for picnic and making a BBQ here.
Daniel teman mama selepas berendam untuk 10 minit. Daniel pun tak tahan sejuk, tak macam Kak Long Me and Daniel.. Peace No War. Next time, we come again!! |
Jangan kedekut harta untuk kesihatan
Kerana harta tidak berguna apabila anda gering
Prevention is better then cure
No comments:
Post a Comment