Thursday, 7 June 2012

Side Income vs Main Income

Zaman sekarang dah ramai yang buat side income untuk medapatkan wang tambahan selain main income keje makan gaji.

Kenapa perlu ada Side Income?

Ekonomi dunia yang semakin tak menentu dengan harga barang yang setiap hari meningkat. Teringat suatu masa dulu, pada tahun 1986, harga nasi lemak masih boleh dapat 50 sen. Sekarang, yg paling murah saya boleh dapat RM1.20, tu pin makan 2 bungkus baru kenyang.

Premium Beautiful

Faktor kedua adalah KEMAHUAN telah bertukar menjadi KEPERLUAN. Contonya handphone. Sampai tercipta istilah "Nomophobia" atau "No Mobile-phone Phobia". Pulak tu, handphone nak kene canggih, mana tahan tengok member lain guna Touch Screen ke bagai. Awak pun nak juga.

Dulu orang tak terfikir untuk ada insuran diri, tapi memandangkan kos perubatan kini yang berkaliganda tinggi, maka kita pun terpaksa angkat satu skim insuran walaupun bukan kemahuan tetapi keterpaksaan

Ketiga adalah kerana kos untuk KEPERLUAN telah meningkat berganda dari kenaikan gaji yang kita dapat setiap tahun (itupun kalau ada). Kalau tingal di bandar, Kos memiliki tempat tinggal adalah tinggi, maka terpaksa kita menyewa sampai ketua atau apply rumah goment.

Pendidikan adalah penting. Ia merupakan satu keperluan bagi menjamin masa depan anak-anak kita at the same time masa depan kita juga bila dah tua kelak. Sebab tu la my husband berkeras nak hantar anaknya ke tadika cina walaupun kosnyer lebih tinggi dari sekolah biasa. (Alasan hubby ialah sbb Datuk dia berbangsa Hokian..)

Premium Beautiful
My daugther; Siti Zulaikha Nurfariesha

Bagaimana menjana Side Income?

Ada yang memilih untuk membuat kerja kedua selepas main job, maksudnya selepas waktu kerja yang balik jam 5 petang, mereka akan ke tempat kerja kedua seperti restoran makanan segera , jadi jaga malam(yang ni confirm keje tido), keje shift malam di 7E atau sebagainya. Tapi kedua-dua job, side and main job adalah makan gaji, kerja dengan majikan. Dalam erti kata lain, pendapat anda setiap bulan adalah tetap, mengikut terma, syarat dan peraturan yang ditentukan oleh majikan.

Ada juga yang berkhidmat dengan badan berunifom sambil dapat elaun. Contohnya join RELA, Pasukan Simpanan Tentera (askar wataniah), dll. (yang ni banyak benefit ni). Elaun adalah tetap, namun anda perlu luangkan masa jika khidmat anda diperlukan.

Premium Beautiful
PSTD dan RELA

Dan ada juga yang buat bisnes sendiri secara sambilan. Bila sebut bisnes, tentu ada product, membeli dan menjual, seterusnya mengaut keuntungan hasil dari jualan. Side Income jenis ni lebih flexible. Maksudnya, jika anda mahukan side income yang lebih, anda perlu usaha lebih. Jika tidak, anda boleh bertenang-tenang jer buat bisnes. Yang penting... Ilmu mesti ada.




Mana lebih menguntungkan?

Selagi namanya Side Income, semuanya menguntungkan. Dah tentu ia dapat menyuntik kewangan tambahan ke dalam kocek anda.

Namun, pada pandangan saya, buat bisnes sendiri lebih menguntungkan dengan masa kerja yang flexible. Anda bos dan anda jualah pekerja. Mungkin ada yang terpikir, nak buat bisnes apa yang menguntungkan. "Takkan nak jual burger malam2. Penjual burger kat taman perumahan ni pun dah berlambak sampai tak tahu nak beli yang mana satu"

Mari kita berkongsi Ilmu bersama.








No comments:

Post a Comment