Sunday, 23 December 2012

Sakit Kepala oh Headaches

Minggu ni ramai rakan-rakanyang mengadu sakit kepala. Termasuk jugalah department head aku yang siap post kat FB dia. Aku pun mengalami masalah yang sama bila mana banyak assignment dan report yang nak disiapkan, terutama minggu-minggu terakhir tahun 2012 ni. Untuk memahami permasalahan sakit kepala, aku pun mentelaah la sedikit ilmu perubatan melalui google untuk dikongsi bersama.

Premium Beautiful


SAKIT KEPALA
Sakit kepala adalah kesakitan atau ketidakselesaan di kepala, kulit kepala, atau leher. Sakit Kepala yang serius amat jarang berlaku. Kebanyakan pesakit berasa lebih baik dengan mengubah gaya hidup, belajar cara-cara untuk berehat, dan kadang-kala dengan mengambil ubat-ubatan.
SAKIT KEPALA KETEGANGAN
Kebiasaannya berlaku apabila otot menegang di bahagian bahu, leher, kepala, dan rahang. Ini dipanggil sakit kepala ketegangan (Tension Headache)
 
  • Ia berkaitan dengan tekanan, kemurungan, kebimbangan, kecederaan kepala, atau pergerakan atau kedudkan kepala dan leher anda dalam kedudukan yang abnormal pada suatu masa yang panjang (ketika tidur)

  • Sakit kepala ketegangan cenderung untuk berada di kedua-dua belah kepala anda. Ia sering bermula dari belakang kepala anda dan merebak ke hadapan. Kesakitan mungkin terasa kusam atau tergeliat, seperti getah yang ketat atau tergenggam. Bahu, leher, atau rahang mungkin merasa ketat atau sakit.
 
SAKIT KEPALA MIGRAIN
Sakit kepala migrain adalah sakit kepala yang teruk yang biasanya berlaku dengan gejala-gejala lain seperti perubahan penglihatan atau loya. 
 
  • Kesakitan yang berdenyut. Ia cenderung bermula pada sebelah kepala, dan kemudian mungkin merebak ke kedua-dua belah bahagian kepala.

  • Adakala anda akan menerima petanda awal sebelum diserang sakit kepala. Kesakitan biasanya menjadi lebih teruk seperti kesakitan ketika anda hendak bergerak.

  • Migrain boleh dicetuskan oleh makanan seperti coklat, keju tertentu, atau MSG. Pengambilan kafein, kurang tidur, dan alkohol juga boleh mencetuskannya
 
 
SAKIT KEPALA MANTUL
Pernah tak anda dengar perkataan ‘Mantul’. Dulu aku pun biasa guna ayat ni bila ada kawan-kawan yang pening (buat-buat pening macam selenge). Ayatnya “ Mantul la kau ni...)
 
Namun pada Sakit Kepala, Mantul bermaksud sakit kepala yang berulang. Sakit yang kerap kunjung tiba dan hilang tiba-tiba. Sakit Jenis ni disebabkan oleh pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan (overuse or overdose). Pesakit yang terlalu bergantung kepada paint killer, lebih dari 3 hari seminggu secara tetap (3 hari berturun-turut makan paint killer) boleh kena penyakit ni.
 
Actually, paint killer memang tak baik untuk dimakan. Paint killer menipu system badan kita bahawa tidak kesakitan berlaku. Padahal, sakit dah kritikal. Banyak sangat makan paint killer boleh menyebabkan system badan keliru, dan seterusnya gagal mengesan sebarang kesakitan yang dialami oleh badan kita. (Parasetamol pun sejenis paint killer jugak...)
 
SAKIT KEPALA KLUSTER
Sakit kepala yag tajam dan amat menyakitkan. Kerap berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa bulan dan hilang untuk suatu tempoh yang sama.
 
SAKIT KEPALA SINUS
Sinus berkait rapat dengan masalah resdung yang menjakiti bahagian hidung, pipi, dan mata. Sakit kepala yang terasa di bahagian depan kepala dan muka. Kesakitan kerap berlaku ketika anda mendongakkan kepala ke bawah dan ketika anda bangun pagi.
 
SAKIT KEPALA KERANA MASALAH KESIHATAN YANG LAIN
Sakit kepala boleh berlaku jika anda menyalami kesejukan, selesema, demam, atau sindrom prahaid.

 

No comments:

Post a Comment