Sunday, 6 May 2012

Kalori? Kolestrol? Lemak? Tahukah Anda?

Ada seorang kawan saya yang menyahut Cabaran 30 hr rendah Kolesterol menyebabkan saya tertanya2 apakah itu Kolesterol? Apakah kaitannya dengan Lemak, Kalori dan Kegemukan?
Berikut adalah info yang saya nak kongsikan dengan anda

KALORI
Kalori adalah unit tenaga daripada yang kita makan (diet)
Lelaki dewasa biasanya memerlukan 2000-2500 kalori sehari. Manakala wanita dewasa biasanya memerlukan 1600-2000 kalori sehari.

Pengambilan kalori yang berlebihan dari keperluan, dan gagal dibakar/ diubah kepada tenaga pergerakan, akan menyebabkan kalori tersimpan dalam badan dalam bentuk lemak. Lemak yang gagal dibakar akan menjadi tepu dan mengakibatkan individu menghadapi kegemukan. Dalam pengiraan 8000 kalori adalah sama dengan 1 kg berat badan manusia.

KOLESTEROL
- Sebatian kimia yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan dan struktur kombinasi lipid (lemak) dan steroid.
- Kolesterol adalah satu blok bangunan untuk membran sel dan hormon seperti estrogen dan testosteron.
- ± 80% kolesterol dihasilkan oleh hati kita, ± 30% dari Diet (pemakanan) 
- Sumber utama kolesterol adalah daging, ayam, ikan dan produk tenusu.
- Hati haiwan = kolesterol paling tinggi, manakala sayuran tidak mengandungi Kolesterol.
- Kolestrol dari Diet diserap oleh usus dan disimpan di dalam hati.
- Hati kita mengawal tahap kolesterol dalam aliran darah dengan merembes apabilla diperlukan.


Kolesterol LDL dikenali sebagai "kolesterol JAHAT", kerana tahap kolesterol LDL yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung koronari, strok, dan penyakit arteri persisian. Deposit lipoprotein LDL kolesterol di sepanjang bahagian dalam dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan yang keras, tebal dipanggil plak kolesterol. Dari masa ke masa, plak kolesterol menyebabkan penebalan dinding arteri dan penyempitan arteri, satu proses yang dipanggil aterosklerosis, yang mengurangkan aliran darah melalui kawasan sempit






Kolesterol HDL dikenali sebagai "kolestrol BAIK" kerana zarah kolesterol HDL menghalang aterosklerosis dengan mengeluarkan kolesterol daripada dinding arteri dan melupuskan mereka melalui hati.

[LDL Tinggi / HDL Rendah] = Faktor risiko aterosklerosis
[LDL Rendah / HDL Tinggi] = Menghindarkan penyakit Jantung dan strok
 
LEMAK
Maksud Pertama: Merupakan nutrien makanan yang membekalkan sumber tenaga pada badan. Sama macam Protein dan Karbohidrat.
1 gram Lemak = 9 Kalori
1 gram Protein atau Karbohidrat = 4 Kalori
Kenyangnya sama, tapi nilai Kalori yang diambil berbeza (Cuba check Info. Nutrisi pd fast food yg anda makan?)
Cer check nutrisi makanan pd Fast Food yang anda makan.
Adakah ia melebihi keperluan harian anda atau tidak?
Berlebihan beerti BAHAYA
 
Maksud Kedua: Total fat atau Lemak Terkumpul
a. Lemak Tepu; saturated (Daripada Kalori diambil yang tidak ditukar kepada Tenaga)
b. Lemak Mono Tidak Tepu; monounsaturated
c. Lemak Poli Tidak Tepu; polyunsaturated 
Monounsaturated dan polyunsaturated membantu mengurangkan kolesterol (Lemak baik) jika kita gantikan saturated pada diet pemakanan kita.

Maksud Ketiga: Gemuk, obes atau adipose

Maksud Keempat: Sebatian kimia yang dipanggil Asid Lemak. Ia berminyak dan terdapat pada bahan pepejal pada tisu haiwan dan sesetengah tumbuhan (minyak ikan, minyak sawit)


KESIMPULAN
Menyahut cabaran 30 hari rendah kolesterol adalah bagus. Kerana ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Namun, adalah lebih baik jika anda tidak tertumpu kepada penurunan kolesterol sahaja, tetapi juga mengurangkan pengambilan lemak dalam diet anda.

Lemak penyumbang kepada lebihan kalori yang kemudian membentuk lemak tepu; saturated yang kemudiannya bukan sahaja menjadi kolesterol LDL yang menjadi punca sakit jantung dan strok, malahan menyebabkan kegemukan.

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN
Anda bole kurangkan pengambilan Lemak, tetapi bagaimana nak kurangkan lemak tepu; saturated yang sudah terbentuk? Cara terbaik adalah dengan memakai Set Pembentukan Badan Premium Beautiful, kerana ia bukan sahaja mampu membentuk tubuh badan anda, malahan teknologi Far Infrared Ray nya mampu melarutkan lemak tepu yang telah terbentuk.

Hubungi saya untuk penjelasan bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah anda.


Dea 013-3137672


No comments:

Post a Comment