Sunday 21 April 2013

Selamat Hari Jadi Emak!!

20 April, hari jadi emak tiba lagi. Semoga emak panjang umur, sihat, murah rezeki, dirahmati dan diberkati oleh Allah SAW.

Tahun ni, rezeki keluarga kami bertambah. Syukur kehadratNya yg menutup kedaifan kami dengan menghadiahkan emak tas tangan berjenama. Ternyata mak sangat gembira dengan hadiah hari jadi dari kami. Tentu abah juga gembira jika dia masih ada (al-fatihah buat Allahyarham Hj Ahmat Yasin)

Kegembiraan mak sungguh bermakna bagi kami, kerana itulah caranya kami membalas jasa emak.

Mak menyatakan bahawa dia nak ke majlis makan malam minggu hadapan. Tapi pakaian yg sesuai belum ada... Tas tangan dah ada... so, bergegas la kami hari ini mencari pakaian yg emak inginkan yg boleh dipadankan dengan majlis dan tas tangan tu.

Seharian, dari pagi dah hantar baju warna merah bermanik2 kepada emak. Tengak hari pula ke Kmpg Batu utk persalinan pilihan ke-2 bewarna biru juga bermanik2, seterusnya jam 7 petang, ke sungai besi mendapatkan baju option ke-3 bewarna hijau juga bermanik.

Maksudnya, hadiah hari jadi utk mak tahun ini bukan 1, tetapi 4... Tas tangan dan baju2 moden yg bermanik2.

Perasaan hari ini sangat berpuas hati. Bukan sahaja dapat memenuhi permintaan emak, malahan dapat bawa anak2 berjalan sama di hujung minggu.

Alhamdulillah.

Thursday 18 April 2013

From smoking to vapouring

Lama usha kawan-kawan layan atomizer, bagi menggantikan rokok yang membekalkan nakotin kepada tubuh perokok.

Akhirnya, aku pun mendapatkan satu set atomizer jenama eGo (brand murah) untuk mencuba, benarkah atomizer boleh mengurangkan ketagihan merokok dan seterusnya berhenti daripada merokok.

Hasilnya aku akan update lagi

~ ped4265@yahoo.com

Lama tak menulis..

Sekian lama tak update blog. Sibuk dengan pekerjaan seharian sehingga tak berkesempatan nak menulis,malahan nak jenguk blog pun tak sempat. Mana dengan biz online, menguruskan rumah, persekolahan anak, urusan perkahwinan adik,dan sebagainya. Suami pun tak sempat nak bantu kerana sibuk menyiapkan kabinet dapur rumah sewa di Shah Alam.